Minggu, 20 Februari 2011

Home » Apa Seronoknya Berbogel Ramai-Ramai Nie??

Apa Seronoknya Berbogel Ramai-Ramai Nie??

naked beach
Salah satu lokasi manusia-binatang boleh telanjang...

Entah apa nikmatnya mempamerkan diri bertelanjang 100% di depan orang, JR pun tak tau. Mungkin diri bangga kot sebab Allah berikan kepadanya sesuatu yang saiznya berbeza dengan orang biasa, lalu dia nak tunjukkan "benda"  istimewanya tu kepada orang lain? Atau ia simbol kebebasan, ikut sukalah aku nak buat apapun di dunia ini, nak telanjang pun apa korang peduli? Apa yang pasti manusia memang gila...tak malu, muka lebih teruk dari muka tembok!!


naked beach


Sebab manusia ni ramai yang tak malu, ramai yang tak siuman dan ramai yang sudah hilang moralnya inilah agaknya mengapa ada kerajaan yang membenarkan tempat-tempat tertentu di negaranya sesiapapun boleh berbogel sesuka hati. Antara 8 lokasi atau acara terkenal yang membenarkan aksi bogel ini ialah di sini:


1. World Naked Bike Ride
Festival berbasikal telanjang ini merupakan acara tahunan yang diselenggarakan setiap 12 Mac. Festival ini dilakukan di setiap kota di berbagai negara (di Malaysia tak ada, kalau ada pasti JR akan ikut berdemonstrasi menentangnya). Orang yang mengikuti festival ini berbasikal dalam keadaan bogel...Heran juga JR, tak takut ke mereka "anu" nya melicit?

2. Mandi musim panas, Ooedo-Onsen-Monogatari, Tokyo, Jepun

Dalam acara pemandian musim panas di Ooedo-Onsen-Monogatari, Tokyo, Jepun, pelancong dari berbagai negara berendam bertelanjang bulat di Onsen dalam air panas asli yang kaya mineral. Mandi telanjang ni adalah merupakan sebahagian dari tradisi Jepun. Cuma kadang-kadang tertanya JR, kalau ada yang sakit kelamin yang serius tak boleh berjangkit ke jika tersentuh dalam bertelanjang ramai-ramai tu?

3. Festival seni menghias tubuh di Portschach am Worthersee, Austria

Fetival menghias tubuh di Portschacham Worthersee, Austria, dilakukan setiap tahun. World Body Painting Festival adalah festival seni lukis tubuh terbesar yang diselenggarakan dari 27 Jun hingga 3 Julai setiap tahun di mana tubuh bogel peserta dihiasi dengan pelbagai lukisan, termasuk di bahagian yang paling strategik tu..

4. Kota telanjang di Perancis

Kota Cap d'Agde di Perancis juga disebut "Kota Telanjang". Di kota ini pengunjung bebas untuk tidak mengenakan sehelai benang pun masa jalan-jalan. Mengenakan pakaian  di anggap sebagai sesuatu yang  tidak profesional di kota ini. Kota ini juga dinobatkan sebagai ibukota dunia naturalisme. JR cuba bayangkan jika satu keluarga bertelanjang, apa jadinya... apa bezanya antara manusia dan binatang??

naked beach

5. Taman telanjang di Munich, Jerman

Englischer Garten, di Munich, Jerman merupakan taman di mana pengunjungnya bebas berjemur dalam keadaan bogel. Taman ini merupakan taman kota terbesar di Eropah dengan luas hampir empat kilometer persegi. Berjemur telanjang telah diizinkan di taman ini sejak tahun 1960-an.

6. Pantai telanjang

Pantai Haulover merupakan pantai di Miami, Florida, di mana orang bebas berbogel dan bergembira. Pantai ini mendapat izin khas dari pemerintah Amerika Syarikat di mana mengenakan pakaian dinyatakan tidak menghormati adat setempat. Eh... terbalik kod pula...berpakaian tak beradat, berbogel pula beradat!!!

7. Kapal pelancong telanjang

Sebuah kapal pelancong di Split, Kroasia, milik perusahaan kapal Waterways menawarkan perjalanan sensasi, iaitu perjalanan lapan hari di kapal pesiar itu. Pelancong iboleh berkeliaran dan berseliweran telanjang dalam perjalanan ke pantai Dalmatian di Kroasia.

JR: Bila manusia sudah menjadi binatang, ia adalah sebahagian dari tanda akhir zaman......