Selasa, 22 Februari 2011

Home » "Nasi Goreng Lipas" Pun Di Jual Di Restoran Artis Nie

"Nasi Goreng Lipas" Pun Di Jual Di Restoran Artis Nie



Kes semacam ni JR percaya bukan pertama kali berlaku di negara ini. Sudah banyak kali yang tersiar dalam akhbar. Justru kepada pihak pengurusan restoran, kedai makan dan gerai perlu ambil perhatian serius agar ia tak berulang lagi. Sila jaga premis makanan korang, kalau kami tak pergi mampuslah bisnes  korang!!

Yang JR nak ceritakan ni mengenai satu restoran yang terletak di Menara Annexe 1, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Restoran ni kepuyaan seorang pelakon dan penyanyi retro terkenal  satu ketika dulu. JR tak mau ceritakan nama penyanyi dan pelakon tu, nanti terjejas pula bisnes restorannya...

Korang tengoklah sendiri di bawah apa hidangan istimewa di restoran tu, nasi goreng lambak +  ayam dan alamak...apa tu? Macam kulit bawang besar aje...tapi...eh, bukanlah, ia seekor lipas goreng!!


Nasi goreng 'lambak' di restoran penyanyi dan pelakon retro tu kononnya memang terkenal sedapnya. Dilihat seperti bawang goreng yang hangus, rupa-rupanya seekor lipas dalam nasi goreng yang dijumpai oleh seorang staff dari sebuah syarikat yang menyewa di menara Annexe ketika dia sedang mengasingkan sayur dan bawang sebelum menjamah makanan. Nasib baiklah dia mengasingkan dulu sayur dan bawang, kalau dia sedang lapar seperti JR sekarang dan terus ngappp.....pasti tergigit lipas tuuu!!

Sejurus selepas insiden tu kabarnya pihak staff yang terlibat telah bertemu dengan pemilik restoran iaitu isteri kepada penyanyi terkenal itu dan pemilik mengakui restoran tersebut adalah bersih dan berjanji akan menanggung kos rawatan sekiranya berlaku keracunan makanan. Difahamkan juga oleh pemilik restoran bahawa ini bukan kes yang pertama kerana sebelum ini ada kes yang terdahulu pernah berlaku juga di restorannya.

Ini mencerminkan sikap pemilik restoran yang tidak serik dan menganggap ini adalah perkara biasa apabila menyatakan mereka juga baru semalam menjumpai seekor lipas hidup dalam hidangan di restoran terkenal:  Johnny's.

Apapun kepada korang yang selalu makan di luar, berhati-hati sebelum menjamah makanan. Jangan terus ngappp...nanti terngappp entah apa-apa yang ada dalam makanan di depan kita!!
 
(Foto ihsan: edyesdotcom)