Senin, 21 Februari 2011

Home » Hebatnya Pengemis: Siang Minta Sedekah, Malam Tidur Di Hotel

Hebatnya Pengemis: Siang Minta Sedekah, Malam Tidur Di Hotel

0947199620X310 Siang Mengemis, 14 Malam Tidur di Hotel 
 
Dalam setahun berapa kali korang tidur kat hotel? Biasanya orang tidur kat hotel bila ke luar daerah dan tiada tempat penginapan lain. Jarang sangat dengar ada orang yang menyewa kat hotel setiap hari sebagai rumahnya, kecuali dia sangat kaya. Tapi percayakah korang ada pengemis yang begitu berkemampuan hingga setiap malam tidur di hotel? Adakah itu maknanya kerjaya pengemis lebih baik dari kerjaya sebagai CEO, kerana CEO pun bukan tiap-tiap malam boleh tidur di hotel?

Kisah yang nak JR bawa ini berlaku di Kota Juang Bireuen, Aceh. Salah seorang penduduk baru kota kecil itu bernama Abdul (50 tahun) menjadi pengemis di waktu siang, manakala di waktu malam dia berlagak seperti orang kaya yang tidur di sebuah hotel bandar itu bersama isterinya Njh (41 tahun). Pengemis bertubuh gempal dan berjanggut pirang dengan rambut yang sudah keputihan itu, kini dilaporkan mulai menimbulkan kehairanan masyarakat Bireuen.

"Kami hairan ada pengemis mampu tidur di hotel. Waktu siang dia mengemis di desa kami, padahal dia kelihatan begitu sihat dan segar bugar," ujar Yahya, seorang penduduk Bireuen.

"Setiap pagi kami lihat pak cik berjanggut itu pakai baju koko, kain sarung dan kopiah haji bersama isterinya sarapan pagi di sebuah warung dekat hotel tempat dia menginap,"sambung Yahya.

"Aneh, ada pengemis yang hidup mewah dengan menginap di hotel dan makan mewah pula," kata seorang lagi warga kota itu, Amirul.

Seorang petugas Hotel Purnamaraya tempat Abdul dan isterinya menginap berkata Abdul bersama istrinya sudah 14 hari menginap di bilik nombor 118 hotel berkenaan. 

"Dia biasanya keluar dari hotel waktu pagi, manakala isterinya ditinggalkan di dalam bilik. Biasanya dia pulang ke hotel waktu tengahari atau petang dengan membawa sebungkus nasi untuk isterinya. Dia membayar sewa bilik Rp 75.000 sehari" beritahu petugas itu.

Jangan pula selepas membaca entry JR ni korang pun teringin nak jadi pengemis pula!!

(Sumber asal cerita: Kompas.com)