Selasa, 22 Februari 2011

Home » Jom Ikat Perut Siap-Siap, Harga Petrol Nak Naik Lagi

Jom Ikat Perut Siap-Siap, Harga Petrol Nak Naik Lagi


Apa pendapat korang bila baca dua berita ni?

BERITA 1:

KUALA LUMPUR  - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini. Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia. Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

(Sumber: Utusan Malaysia)



petrol price hike consumer interview 040608 01












BERITA 2:

 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat.

"Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi. Sebab itu, Kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON95 dalam masa terdekat pada sidang media di Pusat Latihan Harta Intelek di Kuala Lumpur, hari ini.
 
(Sumber: Bernama)

JR: Apa maknanya 2 berita ni? Bagi JR yang bukan pakar ekonomi dan bukan juga Nujum Pak Belalang, tapi sensitif dengan petanda-petanda sesuatu insiden yang bakal berlaku seperti yakin tak lama lagi harga petrol Ron95 akan naik! Berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu, sebelum harga sesuatu barangan naik kerajaan akan menafikan kenaikan, disusuli tindakan yang kononnya bagi mengekang kenaikan tapi the end of story (ni yang tak sedap ni) kerajaan mengumumkan kenaikan harga.
 
Jadi sebelum harga petrol naik, korang buatlah sikit persediaan, seperti isi tangki kereta atau motor korang penuh-penuh atau belilah tali pinggang saiz lebih kecil kerana kemungkinan lepas ni harga barang akan naik melambung dan korang terpaksa mengikat perut!!