Kamis, 24 Februari 2011

Home » Mak Oooiii...Mampos, Kena Saman Trafik RM4,240!!!

Mak Oooiii...Mampos, Kena Saman Trafik RM4,240!!!


Bagaimana perasaan korang kalau dah kena saman trafik sampai RM4,240. Banyak tu RM4,240 kan, kalau kira duit Indonesia dah jadi 13 juta Rupiah, dah boleh kawin empat awek Indon!!

Budak kecik ni pun kena saman juga ke?

Tadi JR pergi ke pejabat polis trafik Alor Setar untuk bayar saman kereta dan motor JR. Sebelum tu JR dah semak menerusi internet berapa saman yang tertunggak, tapi JR masih tak puas hati lalu pergi semak sekali lagi di pejabat polis trafik. Setibanya di sana...alamak, ramainya orang!! Kena berbaris panjang, tak la sampai 1 kilometer, tapi 200 meter adalah juga orang berbaris. 

Masa mula-mula sampai JR ingat nak datang esok, tapi Jumaat dan Sabtu pejabat tutup. Yang tinggal cuma Ahad dan Isnin, sedangkan tarikh akhir semua pengguna jalan raya Malaysia kena bayar saman sebelum di blacklist ialah 28 haribulan - hari Isnin. Hari Ahad dan Isnin mesti orang lagi ramai, orang Malaysia kan suka buat kerja last minute? Mau tak mau beratur ajer la...

Di pejabat trafik tu pula ada dua kaunter, mula-mula kena pergi kaunter semakan, lepas tu kaunter bayaran. Nak lepas kaunter semakan ni pun satu jam lebih, dan alhamdulillah, ia sama dengan result dalam SMS: JR cuma kena bayar satu saman saja. JR kan warga Malaysia yang selalu patuh undang-undang...sebab tu kena satu saman  ajer..JR kena saman RM100 kerana langgar lampu isyarat (warga bertanggung jawab ke ni?), dan lepas kira diskaun 50% kena ler bayar RM50.

Kemudian kena pergi beratur di kaunter bayaran pula. Polis ni pun satu, mengapa tak buat satu kaunter saja: semak dan terus bayar? Ini tidak, kaunter semakan satu jam lebih beratur, dan kini ke kaunter bayaran pula!

Dalam berbaris panjang ni, ramailah juga JR dapat kenalan baru, bukan saja Melayu, tapi Cina, India dan Siam. Semua mereka rakyat marhaen seperti JR yang pendapatan tak banyak mana, tapi pakai kereta dan motor dua tiga biji!! Tergelak JR tengok seorang abang di depan yang memegang segumpal surat semakan saman. JR tanya dia, berapa kena? Tapi dia tanya JR balik, "You pula kena berapa saman?"

Eh..eh..orang tanya dia, dia tanya kita balik, "Tak banyak..satu saman saja..RM100.00" jawab JR.

"I pun tak banyak juga" jawab orang itu,"15 saman...RM4,240 saja. Habis gaji aku bulan ni bayar saman saja!!"

Adoi mak...15 saman...RM4,240? Nasib baiklah ada diskaun 50%, orang tu kenalah bayar RM2,120. Dengan duit dua ribu lebih tu dia dah boleh beli macam-macam...henset baru, TV 36" baru atau di musim panas ni beli air-cond baru, tapi dia bayar saman!!

Bagi korang yang ada motor atau kereta yang belum bayar saman, korang boleh semak berapa saman yang korang kena di sini....sebelum nama korang disenarai hitamkan polis dan JPJ!!