Rabu, 02 Maret 2011

Home » Foto Seperti ini Cuma Muncul Lima Tahun Sekali

Foto Seperti ini Cuma Muncul Lima Tahun Sekali


Orang politik Malaysia biasanya berperangai lebih teruk dari budak-budak. Kalau budak-budak hari ni bertekak, esok pasti baik balik. Itu tandanya budak-budak memang matang, dapat melupakan sengketa sekejap saja.

Tapi orang politik berbeza, puak parti A benci sungguh dengan puak parti B dan begitu juga sebaliknya. Apa yang A buat semuanya salah bagi B, apa yang B buat semuanya salah bagi A.

Mereka bukan saja enggan berdamai, duduk semeja pun jarang sekali kelihatan. Pernah korang nampak Perdana Menteri makan bersama Menteri Besar Kelantan sambil ketawa riang atau Timbalan Perdana Menteri berpelukan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang? Tak pernah! Mereka bagai anjing dengan kucing, asyik menyalahkan satu sama lain, tak pernah belajar jadi cerdik dan matang macam budak-budak yang hari ni bergaduh, esok berdamai.

Tapi dalam pilihanraya kecil Merlimau, tiba-tiba orang politik boleh jadi baik pula, boleh bekerjasama. Korang tengoklah gambar di bawah ni, mereka sama-sama mengusung keranda:



















Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, (tiga kanan) dan juga calon BN Roslam Ahmad (empat kanan) mengetepikan fahaman politik  untuk menghormati jenazah seorang pengundi Allahyarham Ali Bashah, 63, apabila mereka sama-sama mengusung keranda jenazah Allahyarham Ali ke Tanah Perkuburan Islam untuk dikebumikan di Kampung Kilang Berapi, Jasin, petang tadi (Rabu). Allahyarham meninggal dunia akibat sakit jantung.

Kan ke baik jika selalu begini - bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat? Ini tidak...asyik bergaduh mengalahkan budak-budak, menyalahkan pihak yang satu lagi saja siang malam,  hingga mata selalu rasa malas nak tengok berita TV kerana asyik dengan berita cabar mencabar, hentam menghentam, salak menyalak, ngiau mengiau, macam anjing dengan kucing!

Harap-harap adegan dan foto seperti ini tidak muncul sekali dalam tempoh lima tahun bila tiba pilihanraya saja, tapi selalu diamalkan dalam kancak politik Malaysia yang seringkali nampak melucukan ini...