Selasa, 01 Maret 2011

Home » Foto Tujuh Rumah Yang Paling Aneh di Dunia

Foto Tujuh Rumah Yang Paling Aneh di Dunia

Kadang-kadang manusia punya kreativiti yang begitu tinggi. Ada yang menerapkan kreativiti mereka dalam bentuk hiasan kenderaan, rumah dan lain-lain. Dan di bawah ni JR paparkan 7 rumah yang mempunyai reka bentuk paling unik lagi aneh di dunia ini:

i) Esidential Car-House di Salzburg, Austria

Rumah berbentuk kereta ini dibina  pada tahun 2004 di Salzburg, Austria, oleh arkitek Jerman, Markus Voglreiter yang memakan kos  sebanyak  1 million euros yang dibangunkan pada tahun 2004.




ii) Casa Batllo, Barcelona, Sepanyol
 

Ketika pemilik rumah itu Josep Batllo, memujuk arkitek Antoni Gaudi untuk mengubahsuai rumahnya pada tahun 1877, ternyata arkitek ini bukan hanya membuat pengubahsuaian biasa, tapi rombakan radikal besar-besaran terhadap rumah tersebut  yang kerja tangannya masih diingat orang 100 tahun kemudian. Rumah ini selesai di bina pada tahun 1904.




iii) Muzium Seni Frederick R. Weisman di Minneapolis, Amerika
 

Terletak di sungai Mississippi, Minneapolis, Amerika. Muzium Seni Frederick R. Weisman di University of Minnesota ini mempunyai dua sisi yang berbeza. Sisi pertama bangunan itu diperbuat dari batu-batuan manakala sisi satu lagi  muzium ini dibina dari besi. Muzium ini adalah hasil karya arkitek Frank Gehry.




iv)  The Haines Shoe House di York County, Pennsylvania, Amerika
 

Dibangun pada tahun 1948 oleh pengusaha kasut Mahlon Haines, rumah ini merupakan salah  satu yang paling terkenal di zaman tersebut. Rumah ini  berukuran panjang 48 kaki, 17 kaki lebar, dan 25 kaki tinggi mempunyai 3  bilik  tidur, 2 bilik mandi, 1 dapur, dan 1 ruang tamu berukuran besar.





v)  Guggenheim Museum di Bilbao, Spanyol
 

Arkitek Frank Gehry membina muzium yang terletak di kota pelabuhan di Bilbao ini menyerupai sebuah kapal. 
 



vi) Longaberger Co. di Newark, Ohio, Amerika
 

Bangunan menyerupai bakul ini dibangunkan pada tahun 1997 dan selesai dua tahun kemudian. Bangunan ini mempunyai 7 tingkat dan terletak di Ohio adalah merupakan replika dari perusahaan Longaberger Co, sebuah syarikat pembekal bakul. 
 



vii) Country Music Hall of Fame and Museum di Nashville, Tennessee, Amerika 
 

Country Music Hall of Fame and Museum in Nashville ini dibangun dengan bentuk kunci G (horizontal) dalam muzik dan berbentuk piano. Muzium ini mulai di buka di tahun 2001