Jumat, 11 Maret 2011

Home » Hebatnya Melayu: Rumah Pun Dapat Dihilangkannya!!

Hebatnya Melayu: Rumah Pun Dapat Dihilangkannya!!


Tak dapat dinafikan Melayu memang hebat. Mana tak hebatnya, bukankah di negara  bertuah ni Melayu adalah juara segala-galanya: Melayu juara ketagih dadah, Melayu juara ketagih sex, Melayu juara ketagih rasuah, Melayu juara peragut, Melayu juara ketagih kuasa, Melayu juara rempit, Melayu juara buang anak tepi jalan dan Melayu juara dotdotdotdot...

Dan hari ni JR dapat tau ada Melayu yang hampir sama hebat dengan David Copperfield. Korang kenal kan David Copperfield? David Copperfield adalah ahli silap mata atau magician yang paling hebat di dunia. Dia pernah berjalan menembusi Tembok Besar Cina dan menghilangkan tembok itu dari penglihatan orang ramai. Dia juga pernah menghilangkan patung liberty (statue of liberty) di New York yang terkenal itu.



David Copperfield

Tapi tau kah korang, ada orang Melayu yang sehebat David Copperfield yang mampu menghilangkan satu objek besar? Orang sehebat David Copperfield itu wujud di Perlis, dia dapat menghilangkan sebuah rumah!! Mungkin satu hari nanti orang ini jika dapat mempertajam bakatnya dapat menghilangkan pula rumah Menteri Besar Perlis, siapa tau?

Korang bacalah berita mengenai kehebatan Melayu yang dapat menghilangkan rumah di bawah ni:

 
ROSNI menunjukkan pelapik tiang dan kayu yang tinggal selepas rumah itu dikebas orang di Kampung Bakau, Kangar .



KANGAR – Setelah lima bulan tidak mendapat duit sewa, seorang pemilik rumah tergamam apabila mendapati kediamannya itu ‘lesap’ dipercayai dilarikan penyewanya di Kampung Bakau di sini baru-baru ini.
Pada mulanya, pemilik rumah tersebut, Zuria Ali, 30, tidak mempercayai berita orang kampung yang memberitahu rumah papan dua tingkat itu ‘lesap’.

Dia yang tinggal di Perak kemudian balik ke Kampung Bakau pada Jumaat lalu dan terkejut apabila melihat rumahnya betul-betul sudah tiada (hilang). Apa yang tinggal di tapak rumah itu hanyalah 24 pelapik tiang, cebisan papan buruk yang berselerak dan televisyen yang sudah rosak manakala bahagian bumbung, dinding papan dan tiang rumah sudah dikebas.

Cerita Zuria, banyak perkakas dalam rumah miliknya turut dikebas antaranya pinggan mangkuk, almari, perabot, meja makan dan peti sejuk.

“Saya mengesyaki penyewa sebelum ini terlibat membawa lari rumah saya selain tidak membayar sewa,” katanya yang kemudian membuat laporan polis.

Zuria memberitahu, rumah pusaka tersebut berusia lebih 60 tahun dan selama ini dijaga oleh rakannya, Rosni Putih, 57, bagi mengutip sewa RM100 sebulan daripada sebuah keluarga yang tinggal di rumah itu sejak lima tahun lalu. (Sumber: Kosmo Online)


Sekarang korang setuju dengan JR kan: Melayu sungguh hebat!!