Sabtu, 19 Maret 2011

Home » Jom Tonton Filem Mengarut Merong Mahawangsa

Jom Tonton Filem Mengarut Merong Mahawangsa


Korang dah tengok film epik Merong Mahawangsa? JR cuma tengok iklannya di TV saja yang nampak agak hebat kerana trailer yg dipaparkan mirip film orang putih dengan ramai pelakonnya terdiri dari Mat Salih dan bangsa asing lain. Filem sejarah purba Melayu ini  dikatakan menggunakan 70% bahasa Inggeris (kerana zaman dulu-dulu nenek moyang kita cakap Bahasa Inggeris?).

Bagi yang belum tengok, korang boleh tengok penilaian banyak pihak mengenai filem yang diarahkan oleh Yusri KRU ini yang telah mereka tonton. Salah seorang blogger terkenal (dia terkenal sebab pernah kena tangkap kerana menghina Sultan) yang pernah tengok  filem ini berkata filem ini "memperbodohkan kerajaan Rom dan China", dan dengan nada sinis berkata orang putih mungkin akan berdemonstrasi  kerana rasa terhina dengan kandungan filem ini. Dia juga kata filem ini adalah garapan mengarut Yusri KRU kerana  memasukkan episod-episod tak masuk akal. Korang boleh tengok apa yang diulas oleh blogger tu di sini....

Bagi JR filem adalah filem. Mana ada filem yang ceritanya benar belaka? Filem epik dan sejarah adalah lakonan manusia masa kini untuk suatu kisah zaman dahulu, yang tak mungkin akan sama dengan apa yang sebenarnya berlaku. Filem sejarah seperti  Natrah, Datuk Onn dan Bukit Kepong pun banyak tokok tambah untuk menyedapkan cerita. Filem epik seperti Hang Tuah bila diambil dari Hikayat Hang Tuah lagi la banyak mengarut, kerana Hikayat Hang Tuah itu sendiri penuh dengan kisah-kisah kesaktian yang mengarut dan tak masuk akal.

Dan bila ada yang nampak filem Merong Mahawangsa sebagai kisah mengarut, janganlah ada yang tersinggung. Bukan saja filem epik Melayu dipenuhi banyak kisah mengarut, filem epik mat salih di zaman kegemilangan Rom, Yunani atau King Arthur tu pun banyak disulami kisah magikal dan sihir yang nampak mengarut juga.

Bagi JR filem adalah filem. Ia cuma sekilas hiburan masa lapang untuk kita bersantai seketika di tengah pelbagai masalah ekonomi, sosial dan politik negara yang maha serabut dan memeningkan kepala ini....