Selasa, 29 Maret 2011

Home » Majlis Fatwa: Tarian/Senaman Poco-Poco HARAM!!

Majlis Fatwa: Tarian/Senaman Poco-Poco HARAM!!


Korang pernah menari poco-poco? Ketika JR bertugas di sebuah agensi negeri paling utara dahulu, staffnya digalakkan terlibat dalam tarian/senaman poco-poco. Kononnya ia tarian/senaman yang ada unsur aerobik dan justru sangat baik untuk kesihatan. Isteri JR bukan main minat dengan tarian ini sehingga memiliki CD nya sendiri kerana agensi tempat dia bertugas menggalakkan tarian poco-poco sebagai sebahagian dari aktiviti kesukanan mereka. 

Kini tarian poco-poco ini begitu popular  di kalangan  masyarakat Islam terutama suri-suri rumah dan staf agensi kerajaan ketika manghadiri kursus.Malah kerap juga melihat menteri-menteri sendiri terlibat dalam tarian ini seperti yang pernah ditonton di TV.

tarian poco-poco

Mengikut sumber sejarah yang JR perolehi, tarian poco-poco ini dikatakan berasal dari Jamaica. Ia ditarikan oleh masyarakatnya yg beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya yg membentuk salib itu, memang terpancar ciri-ciri Kristianiti yang sangat kuat dalam tarian itu..Di Asia Tenggara ia begitu popular di Filipina yang merupakan negara Kristian terbesar di rantau ini. Kemudian ia di bawa ke Indonesia dan sering menjadi tarian ketika upacara keagamaan di gereja-gereja di sana.

Kira-kira 10 tahun lalu, tarian ini mula dipopularkan di Malaysia. Dalam sekelip mata ia popular di negara ini, terutama orang Melayu-Islam. Orang-orang Melayu yang malas bersenam (ini pendapat JR saja...) sangat suka dengan tarian ini, mungkin kerana ia dikatakan baik untuk kesihatan. Mereka yang teruja menari tak  perasan dengan pergerakannya yang membentuk salib. Maklumlah sifat tipikal Melayu  yang memang suka terikut-ikut  sesuatu yg bersifat baru tanpa usul periksa......

Tapi semalam JR mendapat tahu tarian dan senaman  poco-poco ini telah difatwakan HARAM oleh Jabatan Mufti Perak. Alasan pengharamannya ialah kerana, "ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama (Kristian), juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian". 

Salinan surat pengharaman yang ditanda tangani oleh Mufti Perak, korang boleh lihat di bawah:


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTcFJbxs7g7vAcN-_QDABMfk1TB_yB6uuSrdv4eLmIv9vp73LY7OUxXP-iXpy1q8lE-smZKkxb9JAQ_0hOye5rypQrgZhisdeE43caPCQtvirhfBW9bqRYieBZg7ZQu48XFiUOD6gACEUi/s1600/2011-03-28_221403.jpg


Sebarkan maklumat ini......