Minggu, 27 Maret 2011

Home » Wanita Solat Perlu Pakai Telekung Ke?

Wanita Solat Perlu Pakai Telekung Ke?


Betul juga apa yang Imam Muda Asyraf kata: wanita Melayu nie jika tak pakai telekung putih tak sah solatnya ke? 



JR tertarik dengan cerita imam muda itu yang berkunjung ke Indonesia, di mana dia melihat ramai wanita yang tidak menutup aurat (termasuk bermini skirt) yang masuk ke surau dan memakai telekung yang disediakan, lalu mengerjakan solat. Imam muda Asyraf terpegun: MEREKA TIDAK MENUTUP AURAT, TAPI TIDAK TINGGALKAN SOLAT!!..

Kemudian Imam Muda Asyraf bercerita pula tentang kunjungannya ke Brunei. Ketika mengimamkan solat, imam muda itu perasan belakangnya ramai makmum terdiri dari remaja lelaki dan perempuan. Yang lelaki kebanyakannya memakai jubah. Namun selesai salam kebanyakan si lelaki menanggalkan jubah dan mengenakan seluar pendek! Tapi sesuatu yang pasti MEREKA TIDAK TINGGALKAN SOLAT!!

Lain pula halnya bila Imam Muda Asyraf pulang ke Malaysia... Ketika melalui surau di tingkat 8, Time Square Kuala Lumpur dia melihat  sekelompok remaja lelaki dan perempuan sedang menunggu rakan mereka di luar surau (perempuan bermini telekung). Dia bertanya kepada mereka, kenapa mereka tidak solat sekali dengan rakan-rakan yang lain? Agak menakjubkan jawapan mereka:

Si lelaki mengatakan ia berseluar jeans. Di dalam surau tiada kain pelikat katanya. Yang si perempuan pula berkata: saya tak membawa telekung (putih). Lagipun telekung di dalam surau tu dah terlalu kuning dan lusuh warnanya, macam mana nak solat?

Apa yang dikatakan oleh Imam Muda Asyraf memang benar: tak pakai telekung putih tak sempurna ke solat? Sebenarnya pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat seseorang wanita. 

Kebanyakan wanita muslim di dunia tak pernah mengenal erti telekung. Muslimah di China, India mahupun Timur Tengah dan Eropah, kebanyakannya bersolat tanpa memakai telekung putih. Di Iran yang terkenal dengan hukumannya yang keras dalam pemakaian wanita pun, bila bersolat sebahagian muslimahnya tak memakai telekung bewarna putih:




Iranian women pray during the  weekly Friday prayers at Tehran  University in Tehran, Iran on May 25, 2007. document IRAN/Mohammad  Kheirkhah



Sebenarnya syarat dalam pakaian solat adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Telekung berwarna putih  bukan menjadi syarat sahnya solat. Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Ini kerana aurat wanita ketika solat sama saja seperti aurat wanita di luar waktu solat.Yang penting ialah menutup aurat: