Selasa, 05 April 2011

Home » Apa Jadi Bila Bapa, Ibu dan Anak Gadis Menonton Video Lucah Bersama?

Apa Jadi Bila Bapa, Ibu dan Anak Gadis Menonton Video Lucah Bersama?




An Indonesian Muslim boy holds an anti-pornography poster during a rally in Jakarta May 21, 2006. REUTERS/Dadang Tri


Kira-kira 2 minggu lepas JR ada siarkan dalam n3 JR ini mengenai kedudukan Malaysia di tangga ke-7 dalam senarai 10 negara yang paling mengamalkan sex bebas. Kajian mengenainya dibuat oleh Durex Poin. Pasti ada yang bangga kerana Malaysia dalam senarai top 10 negara yang paling hanyir dan busuk dari segi amalan sex penduduknya. Jika korang belum baca n3 mengenai kedudukan Malaysia tu, korang boleh baca di sini....

Itu kedudukan Malaysia sebagai negara paling mengamalkan sex bebas 2 minggu lepas. Kedudukan lepas ni pasti berubah. Dan ia lebih berubah bila dipadatkan dengan fakta ini:

1) Polis Malaysia sekarang hanya membiarkan saja  video sex lucah mengenai seorang yang menyerupai pemimpin pembangkang tersebar dan dimiliki oleh rakyat Malaysia. Penerbit, pengarah dan pengedar video sex lucah itu (semua mereka VVIP bergelar Tan Sri dan Datuk) tidak ditangkap polis, yang menunjukkan polis kini lebih bertolak ansur dalam soal kelucahan masyarakat Malaysia....

Apa nak jadi dengan Malaysia nih?

2)  Polis membiarkan orang ramai   menonton video lucah terhangat itu yang baru-baru ini ditayangkan untuk tontonan ramai di Penanti, Pulau Pinang. Bapa gatal, ibu miang dan anak dara gedik mereka boleh sama-sama menonton video lucah yang ditayangkan itu tanpa rasa malu dan segan kerana mereka tau polis tak akan menangkap mereka. Bayangkan bila balik rumah, mungkin bapa gatal yang terangsang dengan video lucah itu bukan saja akan mengerjakan isteri miangnya, tapi juga anak dara gediknya!!

Apa nak jadi dengan Malaysia nih?

3) Di Pangkor pula, pelajar-pelajar IPTA yang mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN), Jabatan Perdana Menteri dihidangkan dengan video sex terhangat yang sama oleh pihak pengurusan kem BTN. Bayangkan  apabila anak-anak muda teruna dan dara yang sedang panas darahnya itu menonton video lucah bercampur lelaki perempuan yang dihidangkan oleh BTN itu. Jika mereka naik ghairah selepas menonton video lucah itu, semua perkara boleh berlaku!

Apa nak jadi dengan Malaysia nih?

4) Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri menyatakan video sex lucah itu mungkin akan dipertontonkan kepada Ahli Parlimen yang terdiri dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri dan semua Ahli Parlimen. Bayangkan jika semua VVIP yang kebanyakannya sudah tua itu memakan Viagra sebelum hadir ke Parlimen, dan kemudian terangsang selepas menonton video lucah....Parlimen mungkin akan menjadi kandang hubungan sex bebas pak-pak menteri dan ahli Parlimen!!

Apa nak jadi dengan Malaysia nih?

Dua minggu lepas Malaysia berada di tangga ke-7 negara paling bebas sex. Dengan insiden-indidsen hanyir dan busuk yang sedang mewarnai masyarakat Malaysia ini, korang tekalah di tangga ke berapa Malaysia kini?  Jangan heran jika Malaysia kini di tangga pertama atau kedua kerana kini sex bebas telah dibenarkan di Malaysia!!

Say No To Porn!!!!!!