Jumat, 15 April 2011

Home » Mesti Ramai Yang Menangis Jika Kamera Ni Jual Di Malaysia

Mesti Ramai Yang Menangis Jika Kamera Ni Jual Di Malaysia






Bahaya jika kamera ini dijual di Malaysia. Bahaya sungguh, bahaya sungguh!! Mana tak bahayanya bila korang sedang berjalan berpakaian lengkap siap dengan tudung lagi, tetapi bila diambil gambar, hasilnya ialah gambar korang  sedang berbogel!! Bayangkan bagaimana kalau diambil foto Datuk Siti Nurhaliza, Jackyln Victor, Yuna atau Adibah Nor yang sedang beraksi dipentas dalam keadaan berbogel gara-gara kamera itu pasti gawat jadinya!! Dan yang lebih teruk jika diambil gambar pemimpin-pemimpin kita seperti Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah dalam keadaan berbogel tentu sangat mengaibkan!!

Kalau foto mereka yang berbadan langsing mungkin ada yang tergamak menontonnya (jenis orang yang suka tengok video lucah) tapi jika foto orang-orang veteran yang tubuhnya penuh dengan lemak itu...hi...pasti geli geleman dibuatnya..

Sebenarnya kamera nakal itu  adalah kamera  yang dihasilkan oleh sebuah agensi bernama MIRAF di Korea Selatan yang mampu memintas gelombang milimeter sehingga tembus atau telus pandang objek di depannya. Ketika majlis pratonton kamera itu dibuat, MIRAE berhasil menangkap secara tepat sudut dan garis bentuk sebuah kereta yang berada di belakang sebuah tembok tebal. Dalam pratonton itu, kamera biasa dan kamera sinar infra merah didapati gagal menangkap sudut dan garis bentuk kereta di balik tembok itu, berbeza dengan kamera MIRAF yang melakukannya dengan tepat. Malah kamera tembus pandang itu mampu mengambil dengan jelas objek yang berada di dalam jilatan api dan asap kebakaran dan juga dapat mengesan sebuah pistol yang disembunyikan di dalam baju.

Menurut MIRAF, mereka berjaya mengembangkan kamera tembus pandang itu setelah membuat pelbagai kajian selama 3 tahun.  
Berita tidak baiknya tentang kamera ini ialah teknologinya akan di kembangkan untuk kegunaan telefon bimbit. Mungkin tak lama lagi sesiapa yang membeli telefon bimbit Samsung boleh melakukan kerja skodeng mereka untuk memalukan orang lain!!!
(Sumber berita asal: uangmayainternet.blogspot)