Minggu, 10 April 2011

Home » Seram...Makan Telur Ayam Boleh Nyanyuk & Hilang Ingatan..

Seram...Makan Telur Ayam Boleh Nyanyuk & Hilang Ingatan..



Korang suka telur ayam tak? Bagi JR, masa sekolah-sekolah dulu telur ayam adalah menu favourite JR. Rupa telur ayam yang putih melepak comel, rasanya yang enak dan aromanya yang memikat menyebabkan JR boleh kenyang hanya dengan makan sepinggan nasi dan sebiji telur ayam goreng campur sambal. Kalau hari-hari makan macam ni mesti 2 tahun sudah boleh simpan duit beli rumah baru!!

Namun bila dah tidak jadi budak lagi,  (tapi sudah jadi bapa budak), baru JR sedar telur itu tak baik jika dimakan hari-hari. Paras kolestrolnya tinggi!!

Tapi yang terbaru dan tak enak didengar ialah makan telur ayam boleh menyebabkan seseorang itu jadi nyanyuk dan hilang ingatan!! Alamak, hilang ingatan macam cerita drama Melayu, Indonesia dan Filipina pula. Semuanya tak ingat termasuk diri dan nama sendiri, ooooiii...bahaya sangat-sangat tuh!!

Mengikut pakar pemakanan Hospital Pantai Ampang, Norlizawati Che Lah seperti yang dipetik dalam Sinar Harian, telur ayam boleh menyebabkan kesan negatif kepada manusia termasuk sakit kepala dan akhirnya hilang ingatan. Ia juga boleh menyebabkan sakit ginjal dan strok.

Tapi jangan takut, penyakit-penyakit di atas hanya untuk mereka yang memakan telur ayam TIRUAN sahaja, telur asli yang dikeluarkan oleh ayam tidak akan menyebabkan pengguna mendapat sakit hilang ingatan atau nyanyuk. Ini kerana telur TIRUAN yang kini dikesan di pasaran Malaysia mempunyai campuran bahan kimia yang membahayakan kesihatan seperti asid benzoik, alum, kalsium karbonat, natrium alginat, gelatin dan kalsium klorida.

Awas, kalau beli telur ayam perhati-perhati sama, jangan terbeli telur TIRUAN!!