Sabtu, 02 April 2011

Home » Siapa Gerangan Pelawak Otai Yang Jadi Perogol Gadis Bawah Umur Tu?

Siapa Gerangan Pelawak Otai Yang Jadi Perogol Gadis Bawah Umur Tu?






























Di tengah kehebohan cerita membosankan mengenai video lucah edaran 3 Tan Sri/Datuk boroi, timbul satu lagi cerita: pelawak otai rogol gadis bawah umur (13 tahun). Eh, selari macam cerita salah seorang pengedar video boroi tu ajer yang pernah dituduh rogol gadis 14 tahun?  Tapi pelawak ni (jika betul ceritanya) lebih terer dari pengedar video boroi tu, sebab yang dirogolnya ialah gadis 13 tahun, sedangkan pengedar  boroi tu rogol gadis 14 tahun...tua satu tahun..

Siapakah gerangan pelawak tu....bila disebut usia dan latar belakangnya macam kenal ajer?
JR petik sebahagian beritanya:

[HM] KUALA LUMPUR: Seorang pelawak berusia 63 tahun yang popular sejak era 70-an diburu polis selepas seorang pelajar perempuan membuat laporan mendakwa dicabul lebih tiga kali lelaki itu.

Lebih keji, pelawak otai yang lebih memberi tumpuan dalam bidang pengarahan itu dikatakan menyogok sejumlah wang kepada pelajar berusia 13 tahun itu dengan harapan mangsa patuh kepada arahan, selain tidak membongkar kejadian itu kepada ahli keluarga serta orang ramai termasuk ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.


Difahamkan, pelajar malang itu dicabul lebih tiga kali sejak Disember 2010 hingga pertengahan Mac lalu, di dua kediaman berasingan milik ibu saudara mangsa di Kepong dan Klang, selain beberapa kali di luar kediaman berkenaan apabila mereka bertemu.


Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.


Siapa gerangan pelawak tu? Jangan buat andaian dan jangan tuduh sebarangan, dalam dunia sekarang bukan saja lelaki yang rogol perempuan, perempuan pun pernah rogol lelaki!!