Kamis, 14 April 2011

Home » Syabas Melayu, Umur 13 Tahun Dah Pandai Merogol!!!

Syabas Melayu, Umur 13 Tahun Dah Pandai Merogol!!!


Sapa kata Melayu tak pandai? Sapa kata? JR sangat tersinggung jika ada orang kata Melayu kurang cerdik, Melayu tak pandai. Sapa kata Melayu tak pandai? Sebab itu bila keputusan PMR, SPM dan STP keluar dan di TV ditunjukkan temu bual dengan pelajar-pelajar yang dapat semua A+ yang majoritinya adalah bukan Melayu, JR tertanya-tanya dalam hati: mengapa tak ramai Melayu yang dapat semua A+ berbanding bukan Melayu? Mustahil kebanyakan Melayu tak cerdik, mustahil bukan Melayu lebih pandai daripada Melayu!!

Dan dua hari lepas seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun dari Kota Bharu ditahan polis di rumahnya di Kubang Kerian kerana disyaki terlibat dalam kes rogol seorang pelajar perempuan berusia 9 tahun. Pelajar lelaki yang baru baligh itu diperintah ditahan reman untuk siasatan polis oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Rozita Md Saad.

Mengikut fakta kes, pelajar lelaki 13 tahun itu adalah jiran sebelah rumah pelajar perempuan 9 tahun yang dirogol itu.

JR tersenyum membaca berita ini. Dalam hati JR berkata: eh, cepatnya budak lelaki tu dewasa...cepatnya dia...13 tahun dah pandai merogol anak dara orang? Itu baru 13 tahun pandai rogol anak dara orang, jika 23 tahun mungkin dia rogol bini orang pula dan 33 tahun rogol mak orang?
Jadi bagi sesiapa yang suka pandang rendah kepada kemampuan dan kecerdikan Melayu, kepada sesiapa yang selalu ingat Melayu tak pandai, korang sangat silap. Melayu memang pandai, tengoklah umur 13 tahun dah pandai merogol, sapa kata Melayu tak pandai??