Senin, 04 April 2011

Home » Alamak...Isteriku Rupanya Seorang Lelaki Berjanggut!!

Alamak...Isteriku Rupanya Seorang Lelaki Berjanggut!!


Masih ku ingat hari itu..1 Ogos 2010. Ketika membuka Facebook dan melihat coretan rakan-rakan FB ku, tiba-tiba aku melihat  satu wajah wanita yang sungguh menawan hati di dalam FB. Ah, cantiknya dia, bisik hatiku melihat wajahnya:


Headlinel
Fransiska Anastasya @ Rahmat Sulityo

Lantas aku menghubungi gadis mongel itu. Aku ingin dia menjadi sahabat FB ku. Dalam beberapa minit dia terus menjawab...bertuahnya aku gadis seayu itu sudi menjadi sahabat FB ku.

Tertarik kepada tuturnya yang sopan dalam FB, aku memberanikan diri untuk menyelami hati gadis bernama Fransiska Anatasya Octaviany itu. Aduhai, rupanya Fransiska belum punya pacar!! Bila aku mempelawa untuk menjadikan diriku yang tak hensem ini sebagai pacarnya, dia menjawab "boleh saja, bang"...aduuuuh...betapa beruntungnya aku kerana dia menerima lamaranku.

Lalu kami mengatur pertemuan pertama tak lama kemudian. Aduuuh..cantiknya dia!! Ketika bertemu gadis itu pada awal September 2010, Fransiska memakai tudung yang menyerlahkan lagi keayuan pada wajahnya yang tampak halus mulus itu. Tiba-tiba hatiku jatuh cinta pandang pertama.. Bila aku mengakjaknya berkahwin, dia menerimanya..

Hari itu aku sangat gembira, seperti dunia ini aku yang punya. Bertuahnya aku..dapat teman wanita yang cantik dan kerjanya juga bagus...kerana katanya dia seorang pramugari sebuah syarikat penerbangan terkenal.

Aku tak menunggu lama untuk mengahwininya, aku takut pria lain akan tertambat pada gadis ayu itu. Pada hujung September, sahlah kami diakad nikah sebagai pasangan suami isteri. Ibu bapanya turut hadir dalam majlis pernikahan kami itu.

Tapi selepas berkahwin aku agak heran dengan fizikal isteriku itu. Badannya agak sasa seperti jantan, jalannya pun sedikit keras dan...dan..dan..didagunya ada bulu kecil. Ya Allah, isteriku berjanggut?

Ha..ha..ha... sebenarnya yang di atas tu cuma cerpen nukilan JR berdasarkan satu kisah benar yang berlaku di Indonesia: kisah seorang lelaki bernama Umar yang tertipu selepas mengahwini seorang gadis bernama Fransiska Anatasya Octaviany yang sebenarnya ialah seorang lelaki tulen. Cuma yang anehnya Umar cuma menyedari isterinya itu sebenarnya seorang lelaki selepas 6 bulan mengahwininya!!

Pasangan ini berkenalan menerusi FB pada Ogos 2010 dan berkahwin kira-kira dua bulan kemudian. Hanya selepas 6 bulan berkahwin baru Umar mensyaki sesuatu yang tak kena mengenai "isteri"nya yang penampilannya agak keras, malah mempunyai janggut di dagunya. Selepas disiasat barulah Umar tahu nama sebenar Fransiska ialah Rahmat Sulityo seorang lelaki. Dan "isteri"nya itu  bukannya seorang pramugari yang lemah lembut seperti yang didakwa tapi ialah seorang jaga yang gagah perkasa!

Rupanya lelaki bernama Rahmat itu telah memalsukan kad pengenalannya, pekerjaannya dan kedua "ibu bapa" yang hadir dalam majlis pernikahannya ialah dua rakan yang diupahnya untuk menyamar.

Inilah wajah lelaki bernama Rahmat Sulityo alias Fransiska Anatasya Octaviany dalam pelbagai wajah wanita:

Headline
Fransiska dalam pelbagai wajah: bertudung, beriben, bertopi..memang dia lelaki yang cantik kan?

Cuma yang menghairankan JR mengapa Umar mengambil masa selama 6 bulan untuk menyedari bahwa "isteri"nya itu sebenarnya lelaki? Mengapa sampai 6 bulan dan bukannya 6 jam atau paling lewat 60 jam untuk menyedarinya?

Aneh... biasanya lelaki mengambil masa hanya beberapa jam untuk mengetahui isterinya dara atau tidak, tapi Umar mengambil masa selama 6 bulan untuk mengetahui "isteri"nya itu lelaki!!!

(Sumber berita: Metropolitan Inilah.Com)